Wednesday 3 September 2014

Pengenalan Anatomi & Fisiologi Manusia



Anatomi
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya.

Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop

Fisiologi
Fisiologi bermaksud alam semula jadi atau 'Nature, Origin'. Fisiologi ialah kajian saintifik fungsi dalam sistem manusia. Sub-disiplin biologi, fokusnya adalah bagaimana organisma, sistem organ, organ-organ, sel-sel, dan bio-molekul menjalankan kimia atau fungsi fizikal yang wujud dalam sistem manusia. 

Fisiologi juga boleh dibahagikan kepada fisiologi manusia, fisiologi haiwan, fisiologi tumbuhan, fisiologi sel, fisiologi mikrob (lihat metabolisme mikrob), fisiologi bakteria, dan virus fisiologi.
 
Organisasi Struktur Manusia
Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia. 
Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama.  
Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. 
 
Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan 
 
 

No comments:

Post a Comment