Thursday 4 September 2014

11 Sistem Tubuh Manusia

Terdapat 11 sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus. 

1. Sistem Otot 
2. Sistem Rangka 
3. Sistem Peredaran Darah 
4. Sistem Saraf 
5. Sistem Limfatik (Imun Tubuh) 
6. Sistem Pernafasan 
7. Sistem Endokrin 
8. Sistem Pencernaan
9. Sistem Urinari 
10. Sistem Reproduktif 
11. Sistem Integumentari 





Hakikat Peristiwa Nabi Muhammad Ke Gua Hira'



Nabi Muhammad pergi ke Gua Hira' dan beribadah di sana selama beberapa malam. Kemudian pulang ke rumah isterinya, Khadijah dan beliau dibekalkan dengan bekalan yang cukup sehingga saat Rasulullah diturunkan wahyu. Ketika beliau berada di dalam Gua Hira' itu, malaikat Jibril datang, lalu berkata kepada beliau, "Bacalah!" Rasulullah menjawab, "Aku tidak tahu membaca" Lalu Jibril memegang beliau dan memeluk erat-erat sehingga Rasulullah berasa payah.

Kemudian Jibril melepaskannya sambil berkata, "Bacalah!" Jawab Rasulullah lagi, "Aku tidak tahu membaca" Kemudian Jibril memegangnya lagi dan memeluknya sehingga Rasulullah berasa sukar bernafas. Jibril berkata:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJFRbTApwBDvQ6gZmwJHHEzFAaTwa8wOREaSoUZDstQetAdC8blgO41ZDHYXkJv_ghrMdhku_7mIYDgcZbDenoclcx9aduoDRB_NFzlEvSRkzVMH0JkQFVkMuI8drXJrRBMjYymgQ8Jyg/s400/Surah+Al-Alaq+96+Ayat+1-5.PNG

Para perekod hadis menambah, Rasulullah segera kembali ke rumah dalam keadaan gementar dan ketakutan sambil menyeru kepada Khadijah, "Selimutkan Aku! Selimutkan Aku!" Lalu beliau diselimutkan sehingga hilang rasa gementarnya.

Rasulullah menceritakan kisah yang dialami kepada isterinya itu sambil berkata "Aku rasa bimbang dengan diri sendiri". Lalu Khadijah menghiburkan hati Rasulullah dengan berkata "Janganlah bersusah hati. Demi Allah! Allah tidak akan mengabaikan dirimu selamanya kerana kamu selalu menjalinkan hubungan silaturrahim, tutur katamu jujur, suka membantu orang lain, menjamu tetamu dan sentiasa menegakkan kebenaran.

Kemudian Khadijah membawa Rasulullah ke rumah Waraqah bin Nawfal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah. Waraqah memeluk agama Nasrani sejak zaman jahiliah dan beliau banyak menulis dalam bahasa Arab. Beliau juga menyalin Injil ke bahasa Ibrani. Beliau menderita penyakit buta sebaik usia semakin meningkat.

Khadijah berkata kepadanya, "Wahai sepupuku, dengarlah apa yang diceritakan oleh anak saudaramu ini" Waraqah menjawab "Apakah yang berlaku wahai anak saudaraku?" Rasulullah terus menceritakan tentang apa yang dialaminya. Waraqah berkata "Itu adalah Namus yang turun kepada Nabi Isa. Alangkah baiknya sekiranya aku masih muda dan masih hidup sewaktu kamu diusir oleh kaummu." Rasulullah bertanya, "Apakah kaumku akan mengusirku?" Waraqah menjawab, "Ya! Tidak seorang pun yang membawa risalah Allah seperti kamu ini tidak dimusuhi. Sekiranya aku masih hidup pada ketika itu, pasti aku akan menolongmu dengan sekuat tenagaku. Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia.

(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

+++++

Hakikatnya, Allah yang Maha Berkuasa berkenan memandangkan manusia, dengan memilih salah seorang daripada kalangan manusia bagi menjalankan rencana yang dikehendaki-Nya.

Ini adalah hakikat yang Maha Agung, yang tiada batas bagi keagungan-Nya dan sudut keagungan-Nya. Ia kelihatan jelas apabila manusia mula memahami kadar kemampuan hakikat Uluhiyyah atau ketuhanan mutlak, yang azali dan abadi. Kemudian manusia mula memahami hakikat Ubudiyah atau kehambaan dirinya yang terbatas.

Manusia berasa kemanisan kesan daripada keprihatinan dan petunjuk Allah itu kepada manusia. Dia menerimanya dengan penuh patuh, syukur dan gembira apabila dia memahami kalam Allah yang diturunkan kepada manusia.

[ Kuasa Iqra]

Wednesday 3 September 2014

Pengenalan Anatomi & Fisiologi Manusia



Anatomi
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya.

Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop

Fisiologi
Fisiologi bermaksud alam semula jadi atau 'Nature, Origin'. Fisiologi ialah kajian saintifik fungsi dalam sistem manusia. Sub-disiplin biologi, fokusnya adalah bagaimana organisma, sistem organ, organ-organ, sel-sel, dan bio-molekul menjalankan kimia atau fungsi fizikal yang wujud dalam sistem manusia. 

Fisiologi juga boleh dibahagikan kepada fisiologi manusia, fisiologi haiwan, fisiologi tumbuhan, fisiologi sel, fisiologi mikrob (lihat metabolisme mikrob), fisiologi bakteria, dan virus fisiologi.
 
Organisasi Struktur Manusia
Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia. 
Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama.  
Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. 
 
Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan 
 
 

Terapi Adalah Sebuah Perjalanan

Bismillah...

"Apa yang anda lihat ataupun dengar ataupun ketahui, belum pun permulaan untuk apa yang anda patut tahu." - Attar (Puisi Sufi) 

Sejak awal permulaan tamadun manusia sering mencari penawar kesakitan yang dialaminya melaui pelbagai seni kaedah penyembuhan. Namun terapi penyembuhan bukanlah sekadar perantaraan bagi menyihatkan tubuh badan, ia juga adalah asas kepada kesedaran dan pembentukan kerohanian seseorang. Ia memiliki 'kuasa' bagi mengubah hidup seseorang ke arah kehidupan yang lebih makmur dan sempurna. Ia bukan hanya menyembuhkan tubuh yang sakit, malah ia memberi kelegaan kepada jiwa yang resah menahan kesakitan.

http://www.balancing4life.com/Reiki_Hands.jpg 
'Umapama memiliki rahsia tersendiri'

Tidak kiralah apa pun nama  atau jenis terapi itu, inti pati dan rasinalnya adalah sama iaitu mengembalikan kegemilangan sistem manusia. Malah sesetengah kaedah terapi sukar dijelaskan secara terperinci bagaimana ia bekerja. 'Umapama memiliki rahsia tersendiri'. Bahkan pada hari ini dari segi intelektual sekalipun tidak dapat menjelaskan erti 'kuasa' penyembuhan yang sebenarnya.

Membaca blog ini umpama sebuah kembara. Ia membawa anda dari satu destinasi ke satu destinasi. Kembara ini menuju ekslorasi mengenali diri, mengenali pencipta, sistem yang sedia ada pada kita, hubung kaitnya dengan alam sekeliling seterusnya mengenali inti pati TERAPi itu sendiri.

"Terapi adalah sebuah perjalanan. 
Hanya pengalaman yang mengajar anda dengan lebih mendalam erti terapi sebenar" 

Seketul Darah Beku



Mengamalkan surah al-Alaq ayat 1-5, nescaya diberi oleh Allah SWT ilmu penerang hati dan mudah mempelajari sesuatu ilmu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJFRbTApwBDvQ6gZmwJHHEzFAaTwa8wOREaSoUZDstQetAdC8blgO41ZDHYXkJv_ghrMdhku_7mIYDgcZbDenoclcx9aduoDRB_NFzlEvSRkzVMH0JkQFVkMuI8drXJrRBMjYymgQ8Jyg/s400/Surah+Al-Alaq+96+Ayat+1-5.PNG
Terjemahannya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). DIA menciptakan manusia daripada seketul darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Mengajar manusia melalui pena dan tulisan. DIA mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." 

Pengenalan Surah

Surah al-Alaq bererti darah yang beku. Dikenali juga sebagai surah Iqra', satu daripada surah Makkiyah yang menyentuh perihal beberapa perkara sebagaimana berikut:

1- Bermulanya penurunan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad.
2- Manusia mudah mengingkari dan menderhakai Allah akibat dipengaruhi oleh wang dan kuasa.
3- Kisah Abu Jahal, orang yang menghalang Rasulullah daripada menunaikan solat.

Surah ini dimulai dengan menjelaskan mengenai besarnya nikmat dan rahmat Allah ke atas Nabi Muhammad. Allah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi kepada Rasulullah. Ia disertai dengan peringatan kepada beliau tentang nikmat terbesar yang dikurniakan-Nya kepada beliau ketika beribadah di Gua Hira'. Ini berlaku ketika turun kepadanya wahyu pertama yang terdiri daripada beberapa ayat al-Quran.

Surah ini seterusnya menjelaskan keangkuhan dan sikap derhaka manusia kepada Allah disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh mereka dalam kehidupan di atas muka bumi ini. Malah, manusia juga begitu angkuh menolak perintah Allah kerana kehidupan mereka dilimpahi nikmat kekayaan yang dikurniakan oleh Allah. Mereka wajib membuktikan kesyukuran kepada Allah, bukan menolak dan mencabar perintah-Nya.

Disamping itu, manusia juga diberi peringatan yang mereka pasti kembali menemui Tuhan mereka bagi menerima balasan untuk setiap amalan yang mereka lakukan.

[ Kuasa Iqra ]

Salam Smarts Legasi

Bismillah...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
 
Ya Allah, kurniakan kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga, sekalian sahabat- sahabat beliau dan pengikutnya hingga ke hari kesudahan.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi yang telah memberi kami nafas serta kekuatan untuk kami berjinak- jinak dalam penulisan blog. 

Kami rasa amat gembira telah dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat dan cergas. 
Kerana kami tahu dengan memiliki tubuh badan dan minda yang sihat akan memudahkan seseorang itu untuk beribadat serta mendekatiNya. 

Dalam blog ini kami akan kongsikan Ilmu Pasak Potensi Diri dari segi Fizikal, Intelektual, Emosional dan Spiritual.

Biarpun kita mempunyai Fizikal yang sasa dan Intelek yang dahsyat, namun aspek Emosi dan Spiritual tidak datang terus sebagai satu pakej.

Manusia tidak mampu mengubah orang lain.
Namun dia lebih daripada mampu mengubah diri sendiri.

Belum bersedia?
Belum tiba masanya?
Tepuk dada, tanyalah hati. Semuanya bermula di sini.

Bak kata seorang mentor iaitu Dr. Azizan Osman, "I add value to other people's lives"

Anda akan mendapat lebih banyak manfaat di dalam kehidupan anda dengan cara menambah nilai hidup orang lain kepada yang lebih baik.

Di sebabkan itu kami terpaksalah membantu dan menambah nilai hidup kesihatan tubuh badan kepada orang ramai dengan info-info yang bermanfaat. Kalau kami tak sebarkan ini kami akan rasa berdosa.

Kami rasa sampai setakat ini sahaja penulisan pertama dalam blog 'Smarts Legasi'

Jika penulisan kami ini membuatkan anda terasa hati, kami mengucapkan ribuan kemaafan.

-Smarts Legasi-