Wednesday 3 September 2014

Seketul Darah Beku



Mengamalkan surah al-Alaq ayat 1-5, nescaya diberi oleh Allah SWT ilmu penerang hati dan mudah mempelajari sesuatu ilmu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJFRbTApwBDvQ6gZmwJHHEzFAaTwa8wOREaSoUZDstQetAdC8blgO41ZDHYXkJv_ghrMdhku_7mIYDgcZbDenoclcx9aduoDRB_NFzlEvSRkzVMH0JkQFVkMuI8drXJrRBMjYymgQ8Jyg/s400/Surah+Al-Alaq+96+Ayat+1-5.PNG
Terjemahannya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). DIA menciptakan manusia daripada seketul darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Mengajar manusia melalui pena dan tulisan. DIA mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." 

Pengenalan Surah

Surah al-Alaq bererti darah yang beku. Dikenali juga sebagai surah Iqra', satu daripada surah Makkiyah yang menyentuh perihal beberapa perkara sebagaimana berikut:

1- Bermulanya penurunan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad.
2- Manusia mudah mengingkari dan menderhakai Allah akibat dipengaruhi oleh wang dan kuasa.
3- Kisah Abu Jahal, orang yang menghalang Rasulullah daripada menunaikan solat.

Surah ini dimulai dengan menjelaskan mengenai besarnya nikmat dan rahmat Allah ke atas Nabi Muhammad. Allah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi kepada Rasulullah. Ia disertai dengan peringatan kepada beliau tentang nikmat terbesar yang dikurniakan-Nya kepada beliau ketika beribadah di Gua Hira'. Ini berlaku ketika turun kepadanya wahyu pertama yang terdiri daripada beberapa ayat al-Quran.

Surah ini seterusnya menjelaskan keangkuhan dan sikap derhaka manusia kepada Allah disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh mereka dalam kehidupan di atas muka bumi ini. Malah, manusia juga begitu angkuh menolak perintah Allah kerana kehidupan mereka dilimpahi nikmat kekayaan yang dikurniakan oleh Allah. Mereka wajib membuktikan kesyukuran kepada Allah, bukan menolak dan mencabar perintah-Nya.

Disamping itu, manusia juga diberi peringatan yang mereka pasti kembali menemui Tuhan mereka bagi menerima balasan untuk setiap amalan yang mereka lakukan.

[ Kuasa Iqra ]

No comments:

Post a Comment